KLEBANG merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.
Menurut cerita orang tua di kawasan ini,Nama Klebang diambil dari nama pokok Klebang. Oleh sebab pokok ini tumbuh melata pada zaman dahulu, maka kampung ini dinamakan Kampung Klebang supaya senang orang luar untuk mengecam kedudukan kampung ini.
Selain dari cerita di atas, terdapat juga cerita lain tentang bagaimana wujudnya nama Klebang. Menurut cerita orang tua-tua, pada masa dahulu seorang India yang menganut agama Islam bermusafir dan berjalan kaki melalui kampung Klebang. Pada ketika itu, India yang menganut agama Islam dikenali juga sebagai Kling. Ketika sampai waktu solat Subuh, belaiu Sering melaungkan Azan di masjid. Orang ramai bertanya siapa yang melaungkan azan ketika itu. Penduduk memberitahu yang melaungkan azan itu "Kling Bang". Bermula dari sini panggilan bagi Kampung Klebang kekal hingga ke hari ini.
Pantai Klebang merupakan salah satu pantai yang menjadi tumpuan pelancong sebagai tempat bersantai dan beriadah. Pantai ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti taman permainan, tandas awam, tempat pejalan kaki, gerai-gerai makanan dan macam-macam lagi. Suasana yang berangin menjadikan pengunjung yang datang ke sini merasa tenang dan nyaman.
Peta Pantai Klebang
Welcome !
Hi !
Selamat Datang ke blog kami. Semoga anda terhibur.
Terima Kasih
Comment At Here ^^
Hi !
Selamat Datang ke Blog kami. Sila klik kotak diatas untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Pantai Klebang Berharap maklumat kami dapat membantu anda. Dan sila tingggalkan komen anda diruangan cbox, agar kami dapat baiki kekurangan yang ada di blog ini. Semoga anda terhibur. Terima Kasih daun keladi, lain kali jenguklah lagi :D
Selamat Datang ke Blog kami. Sila klik kotak diatas untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Pantai Klebang Berharap maklumat kami dapat membantu anda. Dan sila tingggalkan komen anda diruangan cbox, agar kami dapat baiki kekurangan yang ada di blog ini. Semoga anda terhibur. Terima Kasih daun keladi, lain kali jenguklah lagi :D
Klebang Beach Resort terletak tidak jauh dari Pantai Klebang, beralamat no 92-1, KM 9, Batang Tiga, 76400 Melaka.
Resort ini menyediakan bilik dari superior, deluxe, deluxe suite, super deluxe, family superior, family deluxe, bungalow suite room, bungalow deluxe room and bungalow 3 bedrooms. Setiap bilik juga menyediakan kemudahan tv berwarna, kemudahan membuat kopi, bar kecil untuk Deluxe, servis bilik dan dobi. Mereka juga menyediakan kemudahan bilik mesyuarat, café, kolam renang, gazebo tepi pantai, taman halaman dan tempat untuk beriadah.
Senarai Harga Bilik :3
Peta :3
BUSTEL
Bustel merupakan gabungan nama antara bus dengan hotel. Bustel ini merupakan idea daripada Datuk Seri Haji Muhd Ali bin Mohd Rustam. Uniknya disini mereka menggunakan bus ekspres lama, dan pasti ia membuat orang orang dulu teringat akan kenangan lama. Hee. Kini bus ini telah diubahkan menjadi sebuah hotel yang amat selesa untuk dihuni.
Sebuah bus menempatkan 2 bilik berasingan. Pintu hadapan bus adalah untuk bilik berkatil Queen, manakala pintu tengah bus yang biasa kita turun apabila sampai ke destinasi itu mnempatkan bilik 2 single bed.
Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, tandas, shower dan telefon.
Bilik di BUSTEL boleh disewa oleh 2 pelanggan berasingan. Tidak semestinya anda sekeluarga datang kena duduk dalam satu bas yang sama. Pasti anda ingin katil jenis Queen kan. Mudah untuk tidur dengan bayi kecil.
Setiap bilik ini hanya boleh dimasuki hanya 3 orang sahaja dalam satu masa. Demi keselesaan anda, sila buka kasut dan tinggalkan di tangga. Agar ia bilik bersih dan ruang solat terjaga kebersihannya.
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin mencari makanan di BUSTEL. Jangan risau. Kerana ada kafeteria disediakan dan kiosk kecik restoran pun dibuka. Mereka berniaga menggunakan bas juga! Setiap kiosk menyediakan pelbagai makanan. Ada Western Food, Asam Pedas, Char Kuey Teow, Masakan Panas, Keropok Lekor, Coconut Shake, Minuman Jus, Air Kelapa dan macam-macam lagi.
Anggaran menginap satu malam di BUSTEL adalah RM 80 hingga RM 120. Murahkan? Kebiasaanya BUSTEL dah penuh ditempah oleh pengunjung. Jika anda betul-betul ingin bercuti di sini. Sila hubungi ENCIK KHAIRI di talian 0197414113.
Resort yang mempunyai 350 bilik elegan ini, sesuai untuk ahli perniagaan dan juga pelancong bercuti ke sini.
Permandangan hadapan resort ini juga cukup elegan dimana ia terletak di daerah yang paling peribadi dan tenang di Utara Barat Melaka, hanya 10 km dari pusat bandaraya bersejarah ini.
Dilengkapi dengan kemudahan moden yang mengikut peredaran masa zaman kini, membolehkan pelancong terhibur tinggal disini dan akan menjadikan percutian mereka sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Dengan ombak tanpa henti yang memeluk pantai, dan bayu laut yang menyegarkan, percutian anda pasti akan lebih menarik dan tenang disini.
Harga Bilik
Peta Everly Resort Hotel Melaka
Hotel Pantai Puteri
Pantai Puteri atau dulunya dikenali sebagai Pantai Kundur mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ia terletak dalam daerah Melaka Tengah berdekatan dengan pantai Klebang. Anda akan menemui pantai ini bila melalui jalan Tanjung Kling ke Alor Gajah iaitu kira-kira 12km dari bandaraya melaka.
Asalnya pantai Puteri adalah sebuah kampung nelayan yang telah menjalankan kegiatan perikanan sejak dahulu lagi. Tidak ramai yang mengenali pantai ini kecuali bagi kaki pancing dan penduduk tempatan tapi setelah nama pantai ini ditukar kepada Pantai Puteri dan pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan pantai ini, ia menjadi satu lagi tarikan baru di Melaka.
Hotel 7 tingkat yang tersergam indah ini telah diberi nama Hotel Pantai Puteri terletak di lokasi yang menarik iaitu di persisiran pantai di Jalan Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka. Hotel ini dijangka berupaya menggamit pelancong dengan keunikan sedia ada yang tidak terdapat di hotel lain.
Kemudahan yang disediakan, antaranya ialah kolam renang, bengkel seminar dan kemahiran, restoran dan aktiviti pantai.
Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya, anda perlu masuk ke Simpang Ampat menuju Alor Gajah dan Seterusnya ke Masjid Tanah dan Sungai Udang. Seandainya dari Johor, anda boleh melalui Ayer Keroh dan seterusnya menuju ke Banda Hilir sehingga anda jumpa jalan menuju ke Tengkera dan meneruskan perjalanan hingga ke pantai Klebang. Selepas pantai Klebang, anda akan melihat papan tanda ke pantai puteri.
Anda boleh menghubungi nombor ini untuk sebarang pertanyaan, di talian 06-3535555 atau 018-3143015.